Tuesday 15 November 2011

'Redha atau Terpaksa'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sedikit perkongsian dan renungan ^__^ ,

Setiap perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri. Tidak kira sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah kehidupan kita. Semua hamba-Nya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan agar kita sebagai hamba-Nya yang hina tidak pernah lupa dan alpa bahawa Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya.

Itu apa yang dikata, namun sunnnatullah kita adalah hamba yang paling hampir dengan sifat lupa dan alpa walau terkadang hidup dan diri diuji tetapi masih terus hanyut entah ke mana. Kerana kita tidak redha dengan ujian yang diberi, tidak terima dengan cubaan yang menguji, tidak ingin mengambil pengajaran dari dugaan yang Allah S.W.T hantar dalam hidup ini.


Apalah ertinya hidup, andai hati kita tidak pernah redha dengan segala pemberiannya apatah lagi dugaan. Orang yang tidak faham, mesti berkata ujian dan dugaan itu adalah bala dan musibah. Ya! nampak betul pada pandangan mata kasar, tetapi pada zahirnya ia adalah nikmat dan punya hikmah yang kita tidak ketahui.

Ujian dan dugaan adalah nikmat - kenapa saya kata nikmat? Nikmat kerana ia adalah sesuatu peringatan buat kita yang sering lupa dan alpa dengan dunia. Sebagai contoh, tanda lampu merah, ibarat berhenti di traffic light, kerana asyik sangat memandu satu masa kita akan jumpa lampu merah sebagai peringatan agar kita berhenti daripada meneruskan perjalanan dan berfikir ke mana harus kita tujui seterusnya, betul ke?

Terpulang pada pandangan masing-masing untuk menilai sejauh mana nikmat dugaan itu perlu kita syukuri dan hati redha dengan ujian Ilahi. Dugaan itu untuk menguji sejauh mana iman dan setebal apakah iman kita? Bila ujian datang kita akan tersedar betapa sebenarnya kita tidak sekuat apa pun, betapa diri kita tidak sehebat mana pun, betapa kita ini bukan the champion of the world.

Jangan sombong dengan Dia. Jangan kita lupa bahawa Dia champion yang sebenarnya. Kaya itu nikmat tetapi kaya itu juga dugaan. Sihat itu nikmat tetapi sihat itu juga dugaan. Rezeki itu nikmat tetapi rezeki itu juga dugaan. Ilmu itu nikmat tetapi ilmu itu juga dugaan buat kita.

Kalau hendak dihitung nikmat yang diberi Allah S.W.T yang Maha Pemurah memang tidak akan terhitung. Maka sedarlah kita jangan hati kita tidak redha dengan ujian dan dugaan yang mendatang. Redha kerana itulah tanda kebahagiaan yang hampir dengan kita. Ya, cakap memang senang tetapi hidup ini perlukan mujahadah untuk kita redha dengan istiqomah agar hati kita tenang dan yang paling penting sentiasa ingat Dia walau apapun sekali keadaannya. Baik masa susah atau masa senang, waktu kita tersungkur menerima ujian dari-Nya atau apa sahaja. InsyaAllah hati yang redha pasti tenang.

Jangan kita jadikan hati kita, hati yang sakit saat terima ujian dan dugaan dan merasakan tiada peluang dan ruang untuk kita terus berjuang. Kita diberi ujian sebagai ingatan agar kita tidak terus alpa, agar kita ingat itu adalah balasan dunia untuk ringankan azab di akhirat sana. Sedarlah kita sebagai hamba-Nya hanya meminjam apa yang ada, dan Dia berhak memberi apa sahaja yang dia mahukan agar kita tahu Dia masih menyayangi kita masih memandang kita sebelum Dia palingkan wajah-Nya dari kita.

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan nya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir: 2)

Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya, kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah.Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Terima seadanya apa yang ada kerana setiap apa pun yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dalam perjalanan hidup ini kita mesti terus berjalan namun sesekali kita harus berhenti untuk muhasabah diri sebelum terus meneruskan perjalanan hidup ini. Semoga menjadi ingatan bersama kerana saya juga hambaNya yang masih mencari sesuatu di antara waktu.

>>> hanya diriMu lebih mengetahui segalanya Ya Allah.. wallahua'lam..

: iLi

Sunday 13 November 2011

'Good Luck - SPM!'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Yes!! SPM Bermula...!!

~kepada semua calon-calon sekalian..semoga berjaya!..kepada adik bungsu ku..jwb elok-elok esok na....jangan gopoh-gapah..bg ngah doakan yang terbaek.. ^^~


wallahua'lam.. ^__^

Saturday 5 November 2011

'Salam Aidil Adha'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Aidil adha kepada sahabat handai semua, juga kepada sanak saudara..

di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai ada salah di mana-mana kepada semuanya.. ^^,


>> Raya bersama family tercinta.. ^___^

Thursday 3 November 2011

'Hati Kita Keras'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.


Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

wallahua'lam....

>> iLuvislam.com

Saturday 1 October 2011

'Cara Sihat Untuk Menambah Berat Badan'





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam kepada semua pembaca blog sekalian. 


Terdetiknya saya untuk mengepost entry pasal 'Cara Sihat Untuk Menambah Berat Badan' ini adalah kerana pentingnya untuk golongan macam saya ni supaya sihat selalu. Cerita dia macam ni, minggu lepas, saya telah diserang 'food poisoning' mase tu saya makan nasi dagang kat purajaya, balik-balik bilik dah kena keracunan makanan. Sakit tu toksah dok habaq la..badan waktu tu memang lembik macam sayur dalam periuk yang dimasak, sebab badan dah kuar semua benda, perut dah xleh terima apa-apa makanan lg kecuali air.


 Itulah yang dinamakan 'KERACUNAN MAKANAN'. Pastu, pi-pi cek kat klinik doc cakap saya ni tekanan darah rendah dan kurang gula dalam darah. But sadly, doc cakap penyakit saya ni xdak ubat lagi MELAINKAN kena jaga pemakanan, dengan asbab inilah saya terpikir untuk share dengan para pembaca betapa pentingnya untuk jaga pemakanan.


Moga entry ini berguna untuk orang-orang 'kurus' yang sama waktu dengannya.. 
(^_______^)







 Dalam kehidupan masa kini.ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus.
Sebab bile terlalu kurus ia senang mendapat penyakit,bukan orang yang terlalu berisi senang dapat penyakit,orang yang terlalu kurus pun mudah.Ia berlaku mungkin kerana genetik pada diri yang memang akan kurus,mungkin juga kerana masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengakap.


Jadi bagi yang kurus dan semakin risau kerana berat badan tidak seimbang dengan ketinggian, mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu..antara perkara yang kamu boleh buat untuk berusaha menambah berat badan :



1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian
-caranya-
-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti

2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-caranya-
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
-caranya-
-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.








4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
-caranya-
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak

5.Melakukan senaman secara teratur
-caranya-
-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-caranya-
-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
-caranya-
-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan

8.Sokongan makanan tambahan
-caranya-
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil




Insyallah, semoga tips di atas dapat membantu golongan seperti saya untuk lebih sihat di masa hadapan. Nekad nak naik berat badan tahun depan..haha!
Sihat-sihat selalu, moga berjumpa lagi dan selamat beramal.

Free Palestin!! Peace NO WAR!!


p/s: pas kawin nek la kot..huhu




sumber : dara.com

Monday 19 September 2011

Tips: Cinta Untuk Bahagia Bersama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang











Alhamdulillah, pada entry kali ini sajala nak share sikit pasal 'Cinta untuk Bahagia Bersama'. Kalau yang dah kawin tu boleh la paraktikkan. Kalau yang belum kawin, amiklah entry ini sebagai persediaan masa hadapan.
tak rugi la baca entry kali ni. Semoga tips ini dapat membantu anda semua supaya menjadi lebih baik ntuk hari esok.... ^___^



Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.


Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan Iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan Iman yang komited kepada Allah swt.


Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat ke-21 :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." 

Tips cinta untuk suami 


- Bersikap baik dan lembut dengan isteri
- Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
- Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
- Bersabar terhadap karenah isteri
- Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
- Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
- Membantu tugas-tugas isteri di rumah
- Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
- Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
- Tidak bermesra dengan wanita lain
- Menjaga rahsia isteri
- Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
- Tidak makan hasil kerja isteri

Tips cinta untuk isteri 

- Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
- Segera memenuhi permintaan suami
- Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
- Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
- Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
- Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
- Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
- Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
- Membantu urusan perjuangannya
- Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
- Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
- Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
- Menghormati keluarga suami
- Menjaga rahsia suami





Tips cinta untuk kedua suami isteri 

- Persefahaman
- Taawun (bekerjasama)
- Wujudkan suasana romantis
- Atasi bebanan kerja
- Kepuasan seks
- Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
- Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
- Menghayati amal Islami
- Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga



Moral of the story

Perkahwinan adalah satu amanah dan tanggugjawab kepada pasangan. Ingatlah, bila sahaja lafaz: “Aku terima nikahnya” dialah insan yang terbaik untuk diri kita. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. .. wallahua'lam.. 

sumber : iLuvislam.com

Friday 9 September 2011

Apa itu Resdung??




Salam Blogger sekalian...

Pada CERITA-SAYA kali ni saya nak sentuh skit la pasal resdong ni, semalam baru p buang resdong nih, perhhhh...banyak gle kuarr (sebijik macam gamba kat bawah nih..huhu tapi gamba saya tak adela..haha). Kalau pembaca semua nak tahu Resdung ialah satu silent killer yang akan menyebabkan barah hidung. Nak habaq mai kat hampa suma, ulat resdung ni makan sel-sel kita senyap-senyap ja,  mana dia bagi signal pon, tengok-tengok dah rabak dah hidung hampa tuh. So, pada entri kali ni saya nak share sikit la pasal 
'SILENT KILLER' nih.
Semoga bermanfaat! (^____^)

Apadia Resdung sebenaqnya???
 Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Apa dia punca resdung ni?? Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.



Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. 

Nak tengok ulat resdung ni betul-betul wujud kat muka korang tekan link kat bawah nih...TERBAIK!
http://www.youtube.com/watch?v=8F4SSdzcIoE

Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Boleh tengok gambaq kat bawah, mamat tu membela moyang ulat resdung dalam mata dia! Pehhh..terbaek!!
 Berita baik untuk para pembaca,resdung ni tak berjangkit kat orang lain, ia hanya diwarisi oleh keturunan serta sanak-saudaranya sahaja. Hampa suma toksah dok seriau no..haha




Petua Mencegah Resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalauperlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 

Ok, sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan diorang petua ni.


Moral of the story...

Mencegah lebih baik daripada merawat beb...!

Peace no war!! 

Free Palestine!!



sumber rasmi: sioolon.com

Wednesday 7 September 2011

'Tips Nikah Kahwin'




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setiap insan yang diciptakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini, pasti mempunyai keinginan untuk berkahwin. Kita telah diciptakan oleh Allah s.w.t secara berpasangan. Hanya Allah s.w.t sahaja yang lebih mengetahui apa yang telah tertulis sejak di 'Luh Mahfuz'.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)

Saya ingin berkongsi sedikit tips kepada bakal pasangan yang ingin mendirikan masjid dan juga kepada pasangan yang telah mendirikan masjid.. ^_^ mungkin ia dapat membantu serba sedikit diri kita yang serba kekurangan ini, cuti-cuti raya ni ramai sungguhla member-member saya kawin,hoho saya bila lagi pon tak tau la....insya-Allah ada jalannya...sabor jela... ^____^


1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.




5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Bekeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika Biduk Rumahtangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merundum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.





11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).




sumber rasmi: iluvislam.com

Friday 26 August 2011

Nikmat Agung di Dunia



~Salam Ukhwah Semua~


Insyallah, pada entri pertama saya, ingin sekali saya berkongsi sedikit perjalanan seharian saya. Hari ini dalam sejarah, saya telah diuji dengan suatu peristiwa yang sangat terkesan dalam hati sanubari saya. Bonda yang disayangi telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kerana asma yang kronik. 

Bonda tersayang sedang mengambil gas di Hospital Sultanah Bahiyah

Sungguh,

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan yang baik dan masa lapang.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tarmidzi dan Ibn Majah)

Tekun dan sabar menunggu keputusan X-ray

Tepat jam 10.00pm, Doc beritahu bahawa paru-paru bonda ku harus di X-ray kerana ada something wrong somewhere. Setelah hampir 25min menunggu penuh sabar keputusan X-ray, paru-paru Bonda telah dijangkiti kuman yang menyebabkan Bonda diserang Asma. Saya sangat terkejut dengan keputusan yang keluar dari mulut Doc. 
Ya Allah, sesengguhnya inilah ujian dari Mu untuk menguji kesabaran dan keutuhan keluarga kami. Mudahkanlah semuanya Ya Rabb.


Seorang banduan yang dikawal ketat oleh Polis sedang menerima rawatan gas.

KESIHATAN adalah nikmat yang sangat berharga. Rata-rata manusia kini bagaikan terlupa akan harta yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t kepada kita iaitu BADAN. Badan kita adalah milik Allah s.w.t. Wajib bagi kita menjaga amanah ini. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan disifatkan al-Quran sebagai mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Setiap apa yang kita lakukan kepada anggota badan kelak akan ditanya satu per satu oleh Allah s.w.t


Mat rempit hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori

 Ramai yang tidak menghargai nikmat ini, buktinya dapat kita lihat para remaja hari ini dengan senangnya terjebak dalam penyalahgunaan dadah, ketagihan rokok, alkohol serta lumba haram yang membawa kepada kecacatan dan sebagainya.




Moga Allah s.w.t tempatkan kita dikalangan orang yang beriman dan amal soleh...ameenn

Wahai para pembaca sekalian,
hidup kita tidak selesai di sini sahaja, malah setiap amal serta kesihatan di dunia akan disoal kelak di akhirat kemana kita gunakan kesihatan yang Allah berikan kepada kita.

Akhir kalam,
"tepuk dada, tanya kesihatan iman dan juga kesihatan badan..yerrr.."


Wallahualam.... 

Thursday 25 August 2011

Mukaddimah






Ahlan wa Sahlan



Assalamu’alaikum Warrohmatullahi Wabarokatuh


Alhamdulillah terima kasih teman-teman yang berkunjung ke blog saya  yang sederhana ini.
Insyallah, blog ini akan mengisarkan kisah atau 'Cerita Saya' sepanjang saya bergelar hamba Allah s.w.t dimuka bumi ini. Semoga segala perkongsian dan pengalaman dalam menumpuh hari-hari yang kian mencabar ini dapat manfaat bagi kita semua Amiin.

Saya mohon maaf jika ada diantara perkongsian atau komentar-komentar saya yang kurang berkenan di hati para pengunjung semuanya, kerana saya hanya seorang manusia yang sering melakukan kesilapan. Jika ada diantara posting saya silap atau menyinggung hati para pembaca harap dapat menugur saya.
Walau begitu saya dalam blogging ini ingin sekali menjalin silaturahmi dan persahabatan dengan teman teman blogger semuanya.

Jika para pengungjung ingin memgenali saya dengan lebih lanjut, sila lawat FB saya di link berikut:


Buah rambutan di atas pagar, 
Ambil batang penyapu tolong jolokkan,
Saya budak tak reti lagi nak belajar berblogging,

Kalau salah harap tunjuk mana yang patut.  
(pantun reka sendiri..haha)

Wallahualam.....


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop