Monday 19 September 2011

Tips: Cinta Untuk Bahagia Bersama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang











Alhamdulillah, pada entry kali ini sajala nak share sikit pasal 'Cinta untuk Bahagia Bersama'. Kalau yang dah kawin tu boleh la paraktikkan. Kalau yang belum kawin, amiklah entry ini sebagai persediaan masa hadapan.
tak rugi la baca entry kali ni. Semoga tips ini dapat membantu anda semua supaya menjadi lebih baik ntuk hari esok.... ^___^



Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.


Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan Iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan Iman yang komited kepada Allah swt.


Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat ke-21 :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." 

Tips cinta untuk suami 


- Bersikap baik dan lembut dengan isteri
- Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
- Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
- Bersabar terhadap karenah isteri
- Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
- Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
- Membantu tugas-tugas isteri di rumah
- Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
- Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
- Tidak bermesra dengan wanita lain
- Menjaga rahsia isteri
- Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
- Tidak makan hasil kerja isteri

Tips cinta untuk isteri 

- Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
- Segera memenuhi permintaan suami
- Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
- Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
- Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
- Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
- Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
- Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
- Membantu urusan perjuangannya
- Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
- Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
- Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
- Menghormati keluarga suami
- Menjaga rahsia suami





Tips cinta untuk kedua suami isteri 

- Persefahaman
- Taawun (bekerjasama)
- Wujudkan suasana romantis
- Atasi bebanan kerja
- Kepuasan seks
- Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
- Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
- Menghayati amal Islami
- Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga



Moral of the story

Perkahwinan adalah satu amanah dan tanggugjawab kepada pasangan. Ingatlah, bila sahaja lafaz: “Aku terima nikahnya” dialah insan yang terbaik untuk diri kita. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. .. wallahua'lam.. 

sumber : iLuvislam.com

Friday 9 September 2011

Apa itu Resdung??




Salam Blogger sekalian...

Pada CERITA-SAYA kali ni saya nak sentuh skit la pasal resdong ni, semalam baru p buang resdong nih, perhhhh...banyak gle kuarr (sebijik macam gamba kat bawah nih..huhu tapi gamba saya tak adela..haha). Kalau pembaca semua nak tahu Resdung ialah satu silent killer yang akan menyebabkan barah hidung. Nak habaq mai kat hampa suma, ulat resdung ni makan sel-sel kita senyap-senyap ja,  mana dia bagi signal pon, tengok-tengok dah rabak dah hidung hampa tuh. So, pada entri kali ni saya nak share sikit la pasal 
'SILENT KILLER' nih.
Semoga bermanfaat! (^____^)

Apadia Resdung sebenaqnya???
 Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Apa dia punca resdung ni?? Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.



Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. 

Nak tengok ulat resdung ni betul-betul wujud kat muka korang tekan link kat bawah nih...TERBAIK!
http://www.youtube.com/watch?v=8F4SSdzcIoE

Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Boleh tengok gambaq kat bawah, mamat tu membela moyang ulat resdung dalam mata dia! Pehhh..terbaek!!
 Berita baik untuk para pembaca,resdung ni tak berjangkit kat orang lain, ia hanya diwarisi oleh keturunan serta sanak-saudaranya sahaja. Hampa suma toksah dok seriau no..haha




Petua Mencegah Resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalauperlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 

Ok, sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan diorang petua ni.


Moral of the story...

Mencegah lebih baik daripada merawat beb...!

Peace no war!! 

Free Palestine!!



sumber rasmi: sioolon.com

Wednesday 7 September 2011

'Tips Nikah Kahwin'




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setiap insan yang diciptakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini, pasti mempunyai keinginan untuk berkahwin. Kita telah diciptakan oleh Allah s.w.t secara berpasangan. Hanya Allah s.w.t sahaja yang lebih mengetahui apa yang telah tertulis sejak di 'Luh Mahfuz'.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)

Saya ingin berkongsi sedikit tips kepada bakal pasangan yang ingin mendirikan masjid dan juga kepada pasangan yang telah mendirikan masjid.. ^_^ mungkin ia dapat membantu serba sedikit diri kita yang serba kekurangan ini, cuti-cuti raya ni ramai sungguhla member-member saya kawin,hoho saya bila lagi pon tak tau la....insya-Allah ada jalannya...sabor jela... ^____^


1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.




5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Bekeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika Biduk Rumahtangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merundum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.





11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).




sumber rasmi: iluvislam.com

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop