
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
sedikit perkongsian dan renungan ^__^ ,
Setiap perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri. Tidak kira sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah kehidupan kita. Semua hamba-Nya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan agar kita sebagai hamba-Nya yang hina tidak pernah lupa dan alpa bahawa Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya.
Itu apa yang dikata, namun sunnnatullah kita adalah hamba yang paling hampir dengan sifat lupa dan alpa walau terkadang hidup dan diri diuji tetapi masih terus hanyut entah ke mana. Kerana kita tidak redha dengan ujian yang diberi, tidak terima dengan cubaan yang menguji, tidak ingin mengambil pengajaran dari dugaan yang...