Thursday, 15 March 2012

Dia Lebih Maha Mengetahui

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jadikan situasi ini sebagai iktibar kepada mereka yang sedang hangat bercouple... ketahuilah bahawa bercouple adalah jalan menghampiri zina dan ianya mampu untuk berzina... oleh itu halalkan(Nikah) segera perhubungan anda itu...Jika merasai tidak mampu, jangan cuba mendekati.. 

Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki : I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je.boleh ye sayang??


Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I. Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..

Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

Wanita1 : Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak, macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?

Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .

Wanita1 : U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..

Lelaki : U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita1 : U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki : Sayang… I love u so much..

Wanita 2 : Me too sayang..

Lelaki I :  bertuah kahwin dengan u.

Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki : Apa dia sayang?

Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?

Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(An-Nur’:26).

Redha Atas KetentuanMu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jika kamu memancing ikan.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.. begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

>> sesuatu yang menyakitkan adakalnya...wallahua'lam..

Tuesday, 15 November 2011

'Redha atau Terpaksa'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sedikit perkongsian dan renungan ^__^ ,

Setiap perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri. Tidak kira sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah kehidupan kita. Semua hamba-Nya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan agar kita sebagai hamba-Nya yang hina tidak pernah lupa dan alpa bahawa Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya.

Itu apa yang dikata, namun sunnnatullah kita adalah hamba yang paling hampir dengan sifat lupa dan alpa walau terkadang hidup dan diri diuji tetapi masih terus hanyut entah ke mana. Kerana kita tidak redha dengan ujian yang diberi, tidak terima dengan cubaan yang menguji, tidak ingin mengambil pengajaran dari dugaan yang Allah S.W.T hantar dalam hidup ini.


Apalah ertinya hidup, andai hati kita tidak pernah redha dengan segala pemberiannya apatah lagi dugaan. Orang yang tidak faham, mesti berkata ujian dan dugaan itu adalah bala dan musibah. Ya! nampak betul pada pandangan mata kasar, tetapi pada zahirnya ia adalah nikmat dan punya hikmah yang kita tidak ketahui.

Ujian dan dugaan adalah nikmat - kenapa saya kata nikmat? Nikmat kerana ia adalah sesuatu peringatan buat kita yang sering lupa dan alpa dengan dunia. Sebagai contoh, tanda lampu merah, ibarat berhenti di traffic light, kerana asyik sangat memandu satu masa kita akan jumpa lampu merah sebagai peringatan agar kita berhenti daripada meneruskan perjalanan dan berfikir ke mana harus kita tujui seterusnya, betul ke?

Terpulang pada pandangan masing-masing untuk menilai sejauh mana nikmat dugaan itu perlu kita syukuri dan hati redha dengan ujian Ilahi. Dugaan itu untuk menguji sejauh mana iman dan setebal apakah iman kita? Bila ujian datang kita akan tersedar betapa sebenarnya kita tidak sekuat apa pun, betapa diri kita tidak sehebat mana pun, betapa kita ini bukan the champion of the world.

Jangan sombong dengan Dia. Jangan kita lupa bahawa Dia champion yang sebenarnya. Kaya itu nikmat tetapi kaya itu juga dugaan. Sihat itu nikmat tetapi sihat itu juga dugaan. Rezeki itu nikmat tetapi rezeki itu juga dugaan. Ilmu itu nikmat tetapi ilmu itu juga dugaan buat kita.

Kalau hendak dihitung nikmat yang diberi Allah S.W.T yang Maha Pemurah memang tidak akan terhitung. Maka sedarlah kita jangan hati kita tidak redha dengan ujian dan dugaan yang mendatang. Redha kerana itulah tanda kebahagiaan yang hampir dengan kita. Ya, cakap memang senang tetapi hidup ini perlukan mujahadah untuk kita redha dengan istiqomah agar hati kita tenang dan yang paling penting sentiasa ingat Dia walau apapun sekali keadaannya. Baik masa susah atau masa senang, waktu kita tersungkur menerima ujian dari-Nya atau apa sahaja. InsyaAllah hati yang redha pasti tenang.

Jangan kita jadikan hati kita, hati yang sakit saat terima ujian dan dugaan dan merasakan tiada peluang dan ruang untuk kita terus berjuang. Kita diberi ujian sebagai ingatan agar kita tidak terus alpa, agar kita ingat itu adalah balasan dunia untuk ringankan azab di akhirat sana. Sedarlah kita sebagai hamba-Nya hanya meminjam apa yang ada, dan Dia berhak memberi apa sahaja yang dia mahukan agar kita tahu Dia masih menyayangi kita masih memandang kita sebelum Dia palingkan wajah-Nya dari kita.

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan nya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir: 2)

Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya, kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah.Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Terima seadanya apa yang ada kerana setiap apa pun yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dalam perjalanan hidup ini kita mesti terus berjalan namun sesekali kita harus berhenti untuk muhasabah diri sebelum terus meneruskan perjalanan hidup ini. Semoga menjadi ingatan bersama kerana saya juga hambaNya yang masih mencari sesuatu di antara waktu.

>>> hanya diriMu lebih mengetahui segalanya Ya Allah.. wallahua'lam..

: iLi

Sunday, 13 November 2011

'Good Luck - SPM!'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Yes!! SPM Bermula...!!

~kepada semua calon-calon sekalian..semoga berjaya!..kepada adik bungsu ku..jwb elok-elok esok na....jangan gopoh-gapah..bg ngah doakan yang terbaek.. ^^~


wallahua'lam.. ^__^

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop